Gerangan Nusantara buminya Melayu… Berpaksikan tauhid…bersendikan Islam... Al Quran dan As Sunnah jadi pedoman... Penyuluh hidup akhirul zaman…

Melayu itu santun budinya… Menjunjung adat memangku resam… Sudi berkawan bermusuh pantang… Kunjung zalim pasti bangkit…

Melayu itu bangsa pejuang… Bertingkah maut sebelum ajal… Tetamu bertandang melayu santuni... Musuh meningkah melayu ajari...

Tanah Melayu tanah berdaulat… Jangan diusik barang sejengkal… Ternoda seinci letuslah perang… Hidup mulia berdamping syahid…


Firman Allah yang bermaksud: “ Dituntut atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu benci sesuatu, pada hal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

( Al Baqarah : 216 )

Firman Allah yang bermaksud: “ Telah diizinkan ( berperang ) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah teraniaya,Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka.”

( Surah Al Hajj: 39 )

Al-Syahid Hasan al-Banna menegaskan jihad merupakan kewajipan yang berterusan sehingga ke hari Qiamat. Termasuk maksud hadith Rasulullah SAW: “ Sesiapa yang mati tanpa berperang dan tidak mempunyai niat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah.”

hidup mulia @ mati syahid

Thursday, June 14, 2012

MELAYU PATANI GERANGAN BANGSA....JANGAN DIPANGGIL ORANG SIAM !!!

Rakyat Patani adalah rumpun Melayu. Sama galurnya dengan Melayu Kelantan. Budaya dan loghat yang sama, makanan tradisi yang sama, bersilat dengan tari silat yang sama, gelaran Nik dan Wan yang sama dan sudah tentu tauhid yang sama. Kita adalah saudara dekat yang telah dipisahkan oleh golongan kafirun melalui rancangan jahat demi memecahbelahkan kesatuan umat islam di Nusantara ini. Jangan sesekali memanggil Rakyat Patani dengan gelaran orang siam kerana pasti mereka akan berkecil hati kerana seolah-olah suatu penghinaan kepada mereka. Panggilah dengan gelaran yang hak..............."MELAYU PATANI"...............

No comments:

Post a Comment